Gambar-Gambar Yg DiPEDULIKAN

Gambar-Gambar Yg DiPEDULIKAN

Selasa, 5 Oktober 2010

Dunia Sukan....

Sedih dengan kekalahan pasukan kesayangan ku,Kolam Hati ditangan Kolam Hitam 2-1,tapi xpe...adatlah dalam permainan,ada pasang surut,x payah pergi jauh,contoh terdekat tengok Harimau Malaya sudah...dulu Harimau Malaya duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan team-team mata sepet (jepun,Korea, China dll) atau team-team badan gedabak (Iran, Iraq dll),tapi la ni nak 'makan' team satu ASEAN pun belum tentu...itulah lumrah bola sepak adakala kita di atas ada kala kita di bawah.

Cerita sikit pasal dunia sukan, semalam MALAYSIA mendapat EMAS pertama dalam Sukan Komanwel menerusi angkatan hebat Amirul Hamizan,tahniah la bro...dan sekarang sedang panas debaran peringkat kumpulan PIALA MALAYSIA.Selangor pasukan yg aku sokong telah sah melangkah ke suku akhir,kalau ikut perkiraan SELANGOR bakal bertemu dengan Red Warrior,itupun kalau N9 x buat hal lawan KL Plus dan PKNS. Kalau lawan Kelantan di suku akhir tentu best perlawanan yang bakal berlangsung. Perlawanan yang sentiasa panas dan mengghairahkan peminat2 SELANGOR dan KELANTAN

Menyelit sikit tentang SAMBUTAN 10 TAHUN MBSA, banyak gak SUKAN yang bakal diadakan. Antaranya SOCCER KIDS, SUKAN MPP/PeBT, SHAH ALAM WALK, PS2 dll. Tidak ketinggalan pertandingan berbentuk rekreasi seperti Selangor Shines, Pertandingan Memancing, Pertandingan Layang-Layang dll. So kepada sahabat2 yg berdekatan jom join apa yg boleh join. Jangan segan dan tunjukkkan kesungguhan  kita sebagai rakyat SHAH ALAM.

Akhir coretan SELAMAT MAJU JAYA ATLIT MALAYSIA di New Delhi, dan aku n geng2 PeBT Zon 6 akan berentap dalam Perlawanan Persahabatan Badminton melawan PANDAMARAN BULU TANGKIS di Dewan Pandamaran pada 17 Oktober 2010 (Ahad)nanti. Sampai ke temu lagi dicoretan seterusnya. Liga Eropah berehat seketika memberi laluan kepada Kelayakan Euro,so kepada peminta bolasepak jom layan PIALA MALAYSIA. Sekian, majulah sukan untuk semua rakyat negara ku

Khamis, 30 September 2010

Siapa aku...

Setelah sekian lama membaca dan meneliti pelbagai blog di alam siber, aku rasa terpanggil untuk mengorak langkah membuat suatu blog yang akan memaparkan pelbagai 'bicara' dalam kehidupan. Paling aku suka bercerita hal2 BELIA, POLITIK, SUKAN (Bola Sepak - aku pengipas LFC-YNWA),PERNIAGAAN, PROGRAM LATIHAN dan lain-lain lagi. So dari masa ke semasa aku akan coretkan pelbagai luahan hati, cerita terbaru dan pandangan2 yang akan menghangatkan blog "SAYA PEDULI"

Siapa aku...seorang manusia biasa,dengan nama pena HAFIZADLI AZARUL...huhuhu...nama betul nanti satu hari anda semua akan kenal siapa saya,dilahirkan di Hospital Besar Seremban, kiro anak NOGORI la ni,hari pertama melihat muka bumi ni pada 26 JULAI 1980, so jika dihitung umurku kini dah 30 tahun. Sudah mempunyai seorang isteri tapi BELUM KAHWIN lagi...hehehe..anak baru 4 orang, mempunyai 7 orang adik dan SEORANG IBU yang aku sayang-sayang sangat. Nanti ada ruang akan ku ceritakan penuh mengenai KELUARGA ku...

Sekarang aku keje makan gaji dan ada la buat perniagaan kecil-kecilan, bab kerjaya ni satu hari nanti akan ku cerita dengan lebih terperinci.Sekarang tinggal di Kampung PADANG JAWA,menyewa rumah kat sana. Tau kat mana?terletak diantara SHAH ALAM & KLANG.

Itulah sedikit maklumat asas siapa aku : Hafizadli Azarul,30 tahun, isteri seorang, anak 4, adik tujuh, kerja makan gaji,tinggal di Padang Jawa. Salam Perkenalan, semoga blog ini akan memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang membacanya...