Gambar-Gambar Yg DiPEDULIKAN

Gambar-Gambar Yg DiPEDULIKAN

Khamis, 30 September 2010

Siapa aku...

Setelah sekian lama membaca dan meneliti pelbagai blog di alam siber, aku rasa terpanggil untuk mengorak langkah membuat suatu blog yang akan memaparkan pelbagai 'bicara' dalam kehidupan. Paling aku suka bercerita hal2 BELIA, POLITIK, SUKAN (Bola Sepak - aku pengipas LFC-YNWA),PERNIAGAAN, PROGRAM LATIHAN dan lain-lain lagi. So dari masa ke semasa aku akan coretkan pelbagai luahan hati, cerita terbaru dan pandangan2 yang akan menghangatkan blog "SAYA PEDULI"

Siapa aku...seorang manusia biasa,dengan nama pena HAFIZADLI AZARUL...huhuhu...nama betul nanti satu hari anda semua akan kenal siapa saya,dilahirkan di Hospital Besar Seremban, kiro anak NOGORI la ni,hari pertama melihat muka bumi ni pada 26 JULAI 1980, so jika dihitung umurku kini dah 30 tahun. Sudah mempunyai seorang isteri tapi BELUM KAHWIN lagi...hehehe..anak baru 4 orang, mempunyai 7 orang adik dan SEORANG IBU yang aku sayang-sayang sangat. Nanti ada ruang akan ku ceritakan penuh mengenai KELUARGA ku...

Sekarang aku keje makan gaji dan ada la buat perniagaan kecil-kecilan, bab kerjaya ni satu hari nanti akan ku cerita dengan lebih terperinci.Sekarang tinggal di Kampung PADANG JAWA,menyewa rumah kat sana. Tau kat mana?terletak diantara SHAH ALAM & KLANG.

Itulah sedikit maklumat asas siapa aku : Hafizadli Azarul,30 tahun, isteri seorang, anak 4, adik tujuh, kerja makan gaji,tinggal di Padang Jawa. Salam Perkenalan, semoga blog ini akan memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang membacanya...