XPDC GUNUNG ANGSI 2011 anjuran bersama PeBT Zon 5,6,9 & 15 MBSA telah diadakan pada 14-16 Januari 2011 di Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah. Bermacam-macam pengalaman baru diperolehi oleh peserta-peserta sepanjang program berlangsung. Berikut catatan ringkas program mengikut hari kejadian....
14 Januari 2011 : Jam 2.30pm...peserta mula sampai untuk pengesahan pendaftaran.Lebih kurang jam 3.30pm Ahli Majlis MPP Zon 6, En Halim Bin Mohd Redzuan dan En Naim Bin Jusri PA YB Rodziah (ADUN Bt3) hadir untuk memberi amanat dan pelepasan peserta.Peserta diberikan sehelai T-Shirt XPDC berwarna merah.Dimaklumkan juga GARDENIA Sdn Bhd telah menyumbang sebanyak 500 bungkusan roti untuk peserta XPDC.Kembung la perut makan roti...TQ Gardenia. Jam 4.00 pm peserta bertolak menaiki bas yang disumbangkan oleh MBSA.TQ MBSA,we luv u...hihihihi. Lebih kurang jam 5.30pm peserta tiba di Hutan Lipur Ulu Bendul. Peserta mula memasang khemah dan menyelesaikan perkara2 berkaitan dengan diri sendiri. Alhamdulillah selepas makan malam,peserta solat jamak Maghrib&Isyak berjemaah disusuli Bacaan Yassin dan Doa Selamat bagi memohon dilindungi sepanjang program.Selepas selesai aktiviti kerohanian peserta berkumpul utk aktiviti Ice Breaking, Debat Kedai Kopi dan Sesi Taaruf serta pembahagian kumpulan. 3 kumpulan dibentuk LEMBU, KAMBING & BUAYA.untuk Ice breaking aktiviti rantaian nama, raja botol dan one two jusss dilaksanakan untuk merapatkan lagi hubungan antara peserta. Jam 11.00 pm peserta masuk ke 'hotel' masing2 untuk melalui LALUAN LENA. Selamat malam ULU BENDUL...jumpa esok
15 Januari 2011 (Sabtu) : 5.30 am...dh ada yg mula bangun,mengejut rakan2 agar Solat Subuh tidak diklasifikasikan SUBUH DINOSAUR,hihihihi...alhamdulillah semua peserta bangun dan ada la jugak 1-2 org yg terbabas terutamanya yg duduk di RUMAH TERES BERKEMBAR...apa pun keceriaan mula terpancar coz pagi nanti peserta akan mula mendaki untuk menawan puncak angsi. Selesai sarapan En Naim (Pen Peg MBSA) mengetuai sesi renggangan sementara menunggu En farid (Guide a.k.a Renjer) yg akan mengetuai XPDC ke Puncak Angsi. Tepat jam 9am setelah En Farid menyampaikan amanat "JAGA MULUT SEMASA MENDAKI, ITU SAJA SAYA NAK BAGITAU", peserta mula mendaki.Hasil maklumat peserta pertama tiba di Puncak Angsi lebih kurang Jam 1.00pm dan yg terakhir sampai Jam 3pm,TAHNIAH coz semua sampai di Puncak Angsi. Jam 4.30pm mula tiba peserta kembali ditapak khemah. Namun yg merungsingkan hati, jam 7.00pm (dh gelap)...masih ada 7 org peserta yg x sampai lagi. Lebih merisaukan tiada sebarang berita diterima. Maka 3 org 'pelari pecut' Ijat, Shahrul dan Leman dihantar untuk memberi bantuan. Alhamdulillah lebih kurang jam 8.15pm mereka semua selamat tiba. Tahniah kerana semangat juang tinggi yg u all tunjukkan. Malam selepas solat peserta semua melantak BBQ yg disediakan....hihihi...betul2 makan coz sepanjang XPDC x jumpa nasi....burpppp alhamdulillah...rezeki dari Allah,lepas makan apa lagi...perut dh kenyang tidur pun sodapppp....jumpa esokkkkk
16 Januari 2011 (Ahad) : Peserta mula didendangkan dengan Segmen Peringatan Pagi, Lagu Selimut Putih dan Sepohon Kayu diperdengarkan,coz ramai yg ke 'Mekah' x sedarkan diri,penat sangat la tu sebab mendaki,apa pun alhamdulillah ramai yang bangun untuk meneruskan perjuangan di hari terakhir,tepat jam 8.30pagi semua bangun utk riadah pagi, 3 aktiviti dilaksanakan regangan kecik besar,jangan tiru saya dan tali ku sayang. Lepas tu buat rempuh halangan,best tgk peserta laksanakan semua aktiviti. Bersemangat walau semalam penat naik angsi.U all memang gagah perkasa. Lps aktiviti rempuh halangan peserta diberi masa hampir 2 jam utk aktiviti bebas. Ramai la mandi manda di sungai hutan lipur ulu bondul...selesai aktiviti bebas berkemas dan bersiap utk penyampaian hadiah dan kemudian ke seri menanti . Leman & Ros dipilih sebagai peserta terbaik...BAGUS...diaorg memang hebat,penghargaan buat abg mat dan abg man serta isteri.Juga anugerah khas buat ASYRAF HAKIMI peserta paling muda menawan Angsi...baru 7 tahun...memang Asyraf POWER,jam 1.30pm ke seri menanti lawat muzium tanpa paku n then kembali ke Shah Alam,jam 7pm selamat kembali ke Wisma MBSA.Tahniah utk u all semua,jumpa lagi di PENJELAJAHAN WANG BURMA, MEI 2011 nanti....ADIOS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan